Monday, October 20, 2014

Ada seorang yang dahulunya aku selalu melihat dari jauh.
.
Tidak memahami apa-apa jenis perasaan yang ada.
Tidak cuba melakukan apa-apa yang menarik perhatiannya.
.
Sebab si dia terlalu sempurna.
.
Sempurna.

Thursday, October 17, 2013

dunia

Dunia, 5 huruf.
Aku jadikannya 4, hubb.

Tentang cinta, dan tentang dunia.
Tidak dapat dipisahkan keduanya.

Ada cinta, ada dunia.
Namun ada dunia, tidak semestinya ada cinta.

Kita telah berjalan terlalu jauh,
Terlalu lama,
Untuk mengejar cinta, mengejar dunia.
Sedang dunia adalah apa yang kita sedang pijak kan, dan cinta adalah dalam diri kita sendiri.

Kita telah lama dapat apa yang kita hendakkan.

Mungkin, sekarang adalah masa untuk kita mula menghargai, semuanya, seluruhnya, hingga tidak tersisa baki-baki cinta yang ada.

Dan tentang dunia, ia akan terus kekal di bawah kita. Sebab kita adalah penghuni kekal akhirat, negeri di atas sana. dan kita hanyalah penumpang sementara dunia.

Saturday, August 17, 2013

Perasaan ini

Tuhan membisikkan perasaan-perasaan di dalam hati kita, dengan cara yang tidak terpinta.

Berada di rumah untuk seberapa ketika mengajar aku banyak perkara, dan membantu aku untuk memahami keluarga ini dari banyak sudut cerita.

akhirnya aku faham, akan peribahasa, air yang dicincang tidak akan putus. kita boleh gaduh dan kita akan baik semula, kita akan benci tapi sayang semula, kita akan jauh tapi dekat semula.

aku tahu, suatu hari nanti aku akan rindu semua ini.

bila semua sudah membesar, dan tidak perlukan aku lagi.

Monday, May 20, 2013

kalaulah.

kalaulah iman itu dapat dilihat,
kalaulah dosa itu dapat dilihat,
kalaulah pahala itu dapat dilihat,
kalaulah
Assalamu'alakum.

Dah lama dah kan?

hmm hmm. dalam beberapa hari sahaja lagi final exam akan bermula. dan selepas itu praktikal selama 3 bulan. InsyaAllah.

sejak kebelakangan ini, aku seperti kehilangan kata-kata, untuk banyak perkara, untuk banyak ketika. aku lebih suka diam, dan memerhati. mungkin kerana usia, mungkin juga tidak. mungkin kerana faktor kematangan dan mungkin juga tidak.

bahkan untuk menulis pun aku sudah seperti kehilangan sentuhannya.

itupun, kalau pernah ada.

dan untuk saat ini, yang terpenting bagiku, adalah untuk memanfaatkan setiap detik yang ada, untuk kemaslahatan pada masa hadapan insyaAllah. kita terlalu tua, untuk bermain-main lagi, dan terlalu muda untuk menyerah kalah pada apa-apa pun.

terus menerus berterusan mengharungi kehidupan adalah perkara paling pokok untuk maju kehadapan. dan maju kehadapan dengan penuh kejayaan sentiasa memerlukan pengorbanan. pengorbanan adalah melakukan perkara yang kita merasa berat untuknya. pengorbanan bukan sekadar belajar sampai penat, kemudian berhenti. pengorbanan adalah apabila kita belajar sampai penat, dan terus belajar. berjalan hingga lelah dan terus berjalan. berlari dan terus berlari.

tidak mudah.

tapi tidak pernah mustahil.

sebab ada orang yang sudah melakukannya.

kenapa tidak kita?


Saturday, January 5, 2013

untuk kita semua.


tentang dunia, yang hanya Tuhan tahu isinya,
tentang hati, yang hanya Tuhan tahu apa rasanya,
tentang kehidupan, yang hanya Tuhan tahu bila akhirnya.

hari-hari yang berlalu telah meninggalkan kita semua. jauh dan tidak akan berpatah kembali semula. mengajar kita, apa yang sudah lepas, adalah sudah lepas. dan apa yang akan datang, akan datang.

pada saat kita tidak bergerak kemana-mana, masa telah berkali-kali melepasi kita. kita ditinggalkan dan kita dibiarkan. tetapi ada suatu masa, yang mana kita tidak ditingglkan, kita tidak dibiarkan.

masa itu datang, dan tidak pergi. masa itu singgah, dan berhenti.

dan semua orang mempunyai masa yang tersendiri. sebab Tuhan sendiri telah beritahu, semua manusia pasti akan merasai.

kita tidak akan pernah terlalu muda untuk mati, dan terlalu tua untuk terus hidup. tetapi itu bukan soalnya. soalnya, apakah kita sudah bersedia?

kita diajar bahawa antara kehidupan di sini dan kehidupan di sana, ada satu garis yang memisahkan, iaitu garisan kematian. tetapi kita tak pernah cuba untuk memahami dengan sebenar-benar kefahaman tentang hal ini.

ingin kembali tetapi tidak boleh kembali,
ingin bertaubat tetapi tidak boleh lagi,
ingin memperbetulkan apa yang salah tetapi tidak mungkin lagi.

kita selepas melepasi garisan itu, adalah kita selepas melepasi garisan itu. kita adalah apa yang kita bawa. apa yang kita bawa, adalah penentu di mana kita, untuk selamanya.

selamat memasuki tahun 2013. semoga rahmat dan hidayah Tuhan mengiringi kita dalam setiap detik dan ketika, insyaAllah.

Monday, December 17, 2012

tidak patut ada rasa malas.

dua hari lepas, semasa cuti hujung minggu, aku ada membeli air kotak berperisa. setelah ditinggalkan buat beberapa ketika, semut-semut kecil datang dan menggerumuni kotak air tersebut. lalu aku berfikir, dan berharap, agar apa-apapun masalah yang datang, alangkah baiknya kalau penawarnya datang seperti semut tadi.

seperti,
rasa-rasa bahagia datang ketika kita sedih,
rasa-rasa kuat datang ketika kita lemah,
dan sebagainya.