Monday, January 3, 2011

3.

aku hampir menyelesaikan satu-persatu masalah yang aku hadapi.

sebenarnya aku tercari2 jawapan, apakah bidang yang paling 'menyelamatkan'.
lalu aku dibawa orang jauh kepada satu cerita.

suatu hari, kau berjalan dan bertemu seseorang dari lapangan ilmu lain. dia berkata, bahawa engkau sudah kerugian 2/3 daripada dunia kerana tidak belajar lapangan ilmu yang dia sedang pelajari sekarang.

dan kemudian kau berjalan bersamanya. dalam harapan boleh lah dapat sedikit ilmu yang dicanang orang anih dari dunia lain itu.

sampai kepada suatu lautan dalam tak berpenghujung, luas tak terpandang, datang seorang asing lain membawa perahu layar. dan kau menaiki kenderaan tanpa roda tersebut dengan lelaki anih sebentar tadi.

lelaki perahu yang asing, ketika sudah berlayar hingga ke tengah, mula bersuara. dia bertanya adakah kalian tahu berenang. dan kau serta orang anih tadi menggeleng tak berhenti.

dan ketika itu kau sedar, ilmu yang satu ini, kalau kau tidak pelajari, boleh saja kau kerugian seluruh hidup.

-sebenarnya bukan tentang berenang. aku sampaikan benda, ilmu apa yang utama.

sebab aku masih dalam dilemma petala ke sembilan puluh lima poin sembilan.

2 comments:

  1. salam...wah3..aktif sgguh kamo brkarya di sini ye kn admin..lama mnyepi di sblh pihak yg lain..anta ni,pe cer??bg la updte sket kt blog anta stu lg tu whai en. admin oiii...

    ReplyDelete
  2. "sebenarnya aku tercari2 jawapan, apakah bidang yang paling 'menyelamatkan'.
    lalu aku dibawa orang jauh kepada satu cerita."

    ana pernah terbaca cte yg hamper sme dgn yg "org jauh" cte ni kt dlm solusi edisi ke brapa ta' ingat...

    btw...juz keep swimming bro..

    ReplyDelete