katanya kalau hati sudah bahagia itu sudah kayalah.
dan kemudian ada pula menambah, bahawa dia hanya boleh bahagia jika sudah kaya raya. ya, tapi dia orang soleh tak salah lagi.
mungkin sudah jadi keperluan, dan bukan kehendak lagi. tidak kisah dia kaya pakai bugatti veyron, tidak kisah juga kalau dia miskin tadah tangan tepi masjid chow kit. tak kisah.
dia mesti mahu kaya juga. seperti aku pun.
sebab ianya fitrah kan? idk
aku rasa fitrah untuk manusia tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada.
tapi Islam ajar qanaah(baca: rasa cukup dengan apa yang ada).
dan Islam juga ajar dunia ini letak dekat tangan jangan dekat hati(baca: zuhud). carilah kekayaan sebanyak mana. carilah emas sekilau mana. carilah permata sekarat mana. tapi bila azan pun tak reti2 nak pergi ke masjid boleh pulak kata sekejap dan tidur mati bangun2 dah terlajak waktu, itu apa cerita?
kahkahkah taruk belakang la bhai cerita pom pam pom pam mahu kejar dunia untuk akhirat pom pam pom pam mahu baiki semua orang. solat tu tiang agama tau dak?
susah: untuk tidak rasa sedih untuk hatta satu saat pun untuk perkara kebendaan. satu saat. sebab sedih, atau apa2 perasaan, it needs time to be healed kata orang.
time to change meh.
No comments:
Post a Comment