aku minta mereka lukis muka dan badan masing-masing. fikri begitu tekun, daniel sedang menekap, dan yang lain2 terkial-kial cuba melukis muka sendiri. aku dekati hafizul yang sedari tadi aku lihat masih belum mula apa-apa pun.
"tak reti lukis", dia beritahu, "susahlah."
aku pegang pen yang mereka beri. aku tunjukkan cara melukis yang aku sendiri kurang reti.
"macam ni". Sungguh aku tak tahu melukis tapi aku cuba juga.
"susah", dia balas.
aku menjengil mata tak mahu kalah.
"ala, buat je".
(ceria 1: Rumah Anak-anak Yatim Taman Baiduri)
No comments:
Post a Comment