Tuesday, March 1, 2011

ceria 3

solihin, ketika aku mahu pulang, dia peluk aku kuat.

"minta maaf kalau saya ada buat silap" dia ucap.

aku peluk lebih kuat, "abang pun minta maaf".

yang lain datang mengerumuniku. sungguhlah aku merasa sungguh sebak.

"Tanda Tuhan sayang pada kita, Dia akan beri kepada kita orang-orang di sekeliling kita yang sayang akan kita" kata Akram semasa tazkirah petang. this is so true. aku kata dalam hati.

aku pergi pada solihin, aku beri tag nama aku kepadanya. aku salam tangannya buat kali ke sepuluh kali kalau aku kira.

hati sangat sebak tidak boleh aku khabarkan.

solihin, semasa kepulanganku, seolah mencari seseorang. lalu aku pergi kepadanya, aku beritahu, jaga diri baik-baik, nanti abang datang lagi.

dia tidak memandangku.

adakah ini cara awak mengatasi rasa sedih hati?
abang lebih sedih kalau begini.

abang, kalau ada duit lebih, akan selalu datang lawat awak.insyaALLAH.
---
jaga diri sebab abang cuma boleh doa dari sini.

abang uqbah, uia.

No comments:

Post a Comment