Thursday, August 11, 2011

uqbah

orang tak tahu nama aku.

orang akan tanya lagi sekali, siapa nama.

dan aku akan menjawab uqbah, u q b a h.

nama sahabat nabi, aku sambung. sebab aku tahu soalan seterusnya, apa makna nya?

kehidupan ini memenatkan jiwa-jiwa manusia. sedang kematian menyiksakan seluruh jiwa dan raga.

kehidupan ini ibarat roda, sedang kematian itu, penentu terbakar atau nikmatnya kita.

ramai orang yang memilih untuk bersandiwara, tidak kisah tentang apa yang berlaku selepas mati, untuk berangan-angan bahawa mereka adalah ahli syurga, like, takkan aku akan masuk neraka kot(?). ramai sebenarnya. jadi mereka buat sambil lewa sahaja.

kata orang, dunia ini adalah tempat untuk kita bersusah payah, kerana itulah tujuan kita dihidupkan.

dan aku bersetuju sekali, kawan-kawan.

1 comment:

  1. assalamualaikum

    maaf kalau mahu tanya. kenapa sudah agak lama blog tak dikemaskini ya? tulisan di sini bagi saya bermanfaat. jujur, menyentuh hati dan saya rasa awak pandai menulis

    ReplyDelete