Wednesday, December 5, 2012

tidak pernah salah


ternyata mereka bukan yang terbaik buat kita.
ternyata, kita juga bukan yang terbaik buat mereka.
ternyata, apa yang terbaik tidak pernah tumpah di sisi kita.
ternyata yang terbaik itu tidak pernah untuk kita.

dan

ternyata kita salah untuk kali yang sepuluh ribu juta.

kerana Tuhan telah mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian dari fasa penciptaan sehingga fasa kelahiran, sehingga kita membesar megah di dunia. yang aku terjemahkan literally, daripada surah At-Tin, ayat 4.

Tak akan pernah ada suatu pun yang dapat mengatasi apa yang terbaik dicipta Tuhan.
Dan tidak akan pernah juga, suatu yang terbaik, yang dicipta Tuhan, menjadi suatu yang dihina alam, kecuali atas kerosakan yang dilakukannya sendiri.

terbaik itu, menjadi terbalik, kerana salah kita juga.
untuk itu, pilihan untuk menjadi yang terbaik sentiasa ada di tangan kita, sayangku.

kita pilih.

3 comments:

  1. suka cara menyampaikan tuh.
    stylo.

    moga istiqamah~ :)

    ReplyDelete
  2. Dari yang terbaik itu muncul pilihan, dari pilihan itu sentiasa terselit peluang, dan peluang itu bukti cinta Allah pada hamba. Apapun yang terjadi, semoga kuat selalu.


    Oh ye, for the nice & simple reminder, terima kasih =)

    ReplyDelete