Saturday, January 5, 2013

untuk kita semua.


tentang dunia, yang hanya Tuhan tahu isinya,
tentang hati, yang hanya Tuhan tahu apa rasanya,
tentang kehidupan, yang hanya Tuhan tahu bila akhirnya.

hari-hari yang berlalu telah meninggalkan kita semua. jauh dan tidak akan berpatah kembali semula. mengajar kita, apa yang sudah lepas, adalah sudah lepas. dan apa yang akan datang, akan datang.

pada saat kita tidak bergerak kemana-mana, masa telah berkali-kali melepasi kita. kita ditinggalkan dan kita dibiarkan. tetapi ada suatu masa, yang mana kita tidak ditingglkan, kita tidak dibiarkan.

masa itu datang, dan tidak pergi. masa itu singgah, dan berhenti.

dan semua orang mempunyai masa yang tersendiri. sebab Tuhan sendiri telah beritahu, semua manusia pasti akan merasai.

kita tidak akan pernah terlalu muda untuk mati, dan terlalu tua untuk terus hidup. tetapi itu bukan soalnya. soalnya, apakah kita sudah bersedia?

kita diajar bahawa antara kehidupan di sini dan kehidupan di sana, ada satu garis yang memisahkan, iaitu garisan kematian. tetapi kita tak pernah cuba untuk memahami dengan sebenar-benar kefahaman tentang hal ini.

ingin kembali tetapi tidak boleh kembali,
ingin bertaubat tetapi tidak boleh lagi,
ingin memperbetulkan apa yang salah tetapi tidak mungkin lagi.

kita selepas melepasi garisan itu, adalah kita selepas melepasi garisan itu. kita adalah apa yang kita bawa. apa yang kita bawa, adalah penentu di mana kita, untuk selamanya.

selamat memasuki tahun 2013. semoga rahmat dan hidayah Tuhan mengiringi kita dalam setiap detik dan ketika, insyaAllah.

2 comments:

  1. Wsalam wbt... dia hanya cover drpd opening song from an anime, kimi ni todoke.. hehe. Lama x dgr kabo... slmat kembali ke blogger.... nnt jgn duk menghilang dah yeh, bt org sedih jee...

    ReplyDelete
  2. menulis la lagi. jangan berhenti.

    ReplyDelete