Tuesday, May 17, 2011

speak

aku rasa punca sebenar aku begitu tidak gagah seperti soldadu zaman dahulu kala, mengejar cita-cita, adalah berpunca kerana kemalasan aku sendiri untuk menulis cita-cita di atas kertas dan meletakkannya di dinding-dinding bilik.

orang bijak pandai ada menyebut, kegiatan murni seperti aku tuliskan di atas akan secara langsung atau tidak langsung menambahkan perasaan yang bersemangat kepada pelakunya setiap kali ingin memulakan hari yang baru.
"hurm..."*smile*

(suddenly i just remembered nazih and abudi punya facial expression as they heard something like this!)

berbalik kepada cerita 'mari berimpian' tadi, yang aku baru namakan tajuk entri ini, aku suka sekali ingin mengajak pembaca untuk menyenaraikan impian yang pernah kita simpan dan berharap akan terjadi pada tahun ini 2011 dan sebelum-sebelumnya.

mari kita ambil 5 tahun, dan kebelakang.

2007. oh Tuhan, ini tahun aku spm.
2008.
2009.
2010.
2011.

seingat aku, tahun 2010 dan 2011 aku tidak berani(baca: segan) menampal impian-impian aku di dinding-dinding bilik. yang seterusnya menyebabkan aku tidak mahu menulis impian tersebut di buku-buku persendirian. bahkan berimpian pun aku jadi malas! lihat?

ok, sebenarnya aku begitu sibuk dengan aktiviti kelab. ada kalanya aku tidak pulang ke bilik sehingga 3hari untuk menyelesaikan tugasan-tugasan kelab dan kerja-kerja universiti yang bertimbun-timban. tetapi bila aku bertanya kepada diri sendiri, apa yang aku cari sebenarnya? aku sungguh tidak ada jawapan. sebab aku tiada cita-cita untuk masa terdekat ini. sebab aku pemalas dan aku sibuk jadi aku tiada masa.masa, untuk senaraikan apa yang aku nak dapat dan yang aku ingin capai.(tetapi ada satu perkara yang sentiasa bermain-main di dalam fikiran aku, sedihnya kalau aku berpenat lelah membanting tulang ini andai aku tak buat kerana Allah!)

dan sikap ini terbawa-bawa sehingga saat aku tidak lagi sibuk. aku sekadar melalui kehidupan ini seperti yang dibentangkan Tuhan, tidak melaju dan tidak melambat, tidak mengejar dan tidak menyengat.

aku, berjalan dengan apa adanya.

tetapi bukan bermakna aku hidup biasa-biasa, aku telah mencapai pelbagai perkara, bahkan tidak pernah aku bayangkan seperti tempat pertama engineering competition. alhamdulillah. tetapi tidak ada rasa sense of achiving. sebab aku hanya berbuat biasa-biasa, tiada daya lebih yang aku taruhkan. dan ianya buat aku berfikir did i deserve for this(?)

tetapi aku tetap bersyukur kepada Tuhan, yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang atas segala nikmat yang diberikan. Alhamdulillah.

cuma, aku ingin perbaiki diri. menjadi lebih baik dari aku yang sekarang. aku dah 21 :( tapi aku belum dapat satu-satunya perkara yang aku impikan sekian lama, sekurang-kurangnya untuk umur ini, dan di dunia ini.

bantu aku ya Allah.

No comments:

Post a Comment